20130724

Pecahlaju aka Breakfast aka Sarapan @ Restoran Zaman, Kuantan



Selamat pagi warga Kuantan! Apa yang lebih menaikkan adrenalin selain daripada juadah pagi yang enak? Restoran mana yang menawarkan menu citarasa semua kaum di bawah satu bumbung? Jom kita usha apa bedanya Restoran Zaman.


dimanakah kan ku cari tempat ini?




Terletak di Batu 9, Jalan Gambang-Kuantan menghala ke Gambang, signboard yang besar pasti membuatkan mata anda tertoleh setiap kali melalui jalan ini.

Restoran ini cukup terkenal dikalangan warga Kuantan, dan mula bertapak disini sejak tahun 70an lagi. Oleh itu, dekorasi di dalam restoran ini sengaja dikekalkan supaya heritage feeling itu boleh dirasai generasi baru Kuantan.


menu pilihan perut


Nasi Lemak Telur Rebus, RM1.70


Mari mulakan dengan makanan ruji rakyat Mesia, nasi lemak. Tersedia di atas meja anda, just Grab and Bite!

Nasi lemak ini mempunyai nasi yang cukup lemak, dengan adunan santan yang banyak. Hasilnya, aroma wangi nasi lemak yang boleh dihidu sebaik saja anda membongkar daun pisang itu. 

Sambal ikan bilisnya pula, bagi kami agak pedas, namun En. L lebih menggemari sambal yang manis. Kombinasi sambal dan nasi yang sedap.




Nasi Minyak Ayam, RM5-RM6

Santapan kedua En. L, Nasi Minyak berlaukkan gulai ayam. Oh apa lagi yang mahu diceritakan? Kami jatuh cinta!

Nasi yang tidak terlalu overload dengan rempah,tidak manis,tidak masin, cukup serasi apabila diblend dengan gulai ayam yang manis, juga tidak terlalu overload dengan rempah ratus. manis dan pedas yang seimbang. sesuai untuk santapan mereka yang ingin menjaga kesihatan.


Nasi Goreng dengan Ayam Goreng dan Sambal Belacan, RM4.50

Menu pilihan cik H. Pada mulanya pelik juga bila nasi goreng yang nampak biasa biasa ini dipilihnya, tapi bila dah rasa, fuh, terkenang kembali nasi lemak homemade buatan ibu di rumah. tengok sendiri kuantiti sayur dan warnanya yang nampak cukup homemade, rasa nak tambah lagi je!



Roti Kosong, RM0.90

menu terakhir (banyak gila makan >.<) pada mulanya hendak merasa saja, tapi akhirnya jatuh cinta. roti canai yang bagus adalah yang cukup rangup pada bahagian kulit luar, tapi lembut dan manis pada bahagian isi dalamnya. dan untuk lebih berkhasiat, tiada tanda2 minyak berlebihan pada pinggan roti canai anda. roti canai Restoran Zaman cukup menepati ciri ciri ini. Bravo!

Untuk menu sarapan yang sedap di Kuantan, haruslah Restoran Zaman ini dikunjungi.


Nama Restoran: Restoran Zaman 
Alamat: Batu 9 , Jln Gambang, Kuantan, Pahang
GPS Coordinates: N03 45.738, E103 12.820
Jam: 6am-3pm
Tarikh Santapan: 28 April 2013


No comments:

Post a Comment